Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Monday, May 25, 2009

H1N1? Meningitis? Leptospirosis?

Sejak akhir2 ini, Malaysia digemparkan dengan pelbagai penyakit berjangkit dan wabak.
Selama 4 hari saya telah dihidapi oleh satu penyakit yg agak menggusarkan dan mendatangkan kesan yg amat mendalam pada jiwa dan jasad. H1N1? Meningitis? Leptospirosis?
Justeru, saya telah berjumpa dengan Doktor Rohani Poliklinik Sijangkang dan saya disahkan menghidap penyakit viral fever. MC 2 hari plus weekend yg boring. Syukur la daripada mendapat wabak yg ntah ape2 ntah sekarang ni.

Bunyi mcm berat, tapi perit untuk ditanggung. Tapi saya bersyukur, mungkin Allah mahu mengurangkan dosa2 kecil di atas bahu kiri saya ini.
Viral fever adalah penyakit yg disebabkan oleh virus ape ntah dan menyebabkan tubuh badan bertindak balas secara semulajadi untuk me-nyah virus tersebut.

Simptom2 bagi penyakit viral fever yg saya alami :
  • running nose (sedar2 hingus da meleleh kat bibir)
  • high temp (minum 100 plus 2 botol)
  • cough & blood phlegm (too much caugh & cause the blood vessel pecah)
  • fatigue
  • mata berair (bangun pagi sure ade taik mata setengah kilo)
  • nasal congestion
  • headache (migrain tahap dewa)
  • diarrheoa (do not drink milk or yogurt)
Jangkamasa untuk tindakbalas tubuh melawan virus ni adalah sekitar 4 ~ 7 hari (doctor yg cakap).

Saya bersyukur dapat sembuh dalam masa 4 hari.
Berkat doa mak kandung dan mak we saya..
Alhamdulillah......

p/s : apsal skema benar bahasa aku nih....

Monday, April 6, 2009

tayar empat

Sudah lama saya tidak memperbaharui laman blog ini.
Keadaan dan situasi kerja yang amat sibuk membataskan diri menjadi rajin di hadapan komputer riba. Tambahan lagi, sudah 2 minggu saya mendaftarkan diri sebagai ahli kelab gym. Bukanlah untuk memiliki badan berketul2, tapi untuk kesihatan badan dan fit saja.
Maklumlah, bekerja di pejabat seharian membuatkan saya letih mengharungi 9 jam kondisi berhawa dingin.

Obesiti semakin memanipulasi diri. Justeru, saya dan 2 lagi rakan serumah mendaftarkan diri ke gym yang jaraknya cuma 25 meter dari rumah.
Satu perenggan sudah lari daripada tajuk, tayar empat; sudah lama saya bercadang untuk memiliki kenderaan bertayar empat ini. Tetapi apabila memikirkan keperluan dan ekonomi semasa, seakan tidak perlu untuk membeli. Keluarga dan awek yang jauh di Johor, jimat lagi menaiki bas saja. Tetapi darah muda saya ini mengatasi segalanya.

Minggu sabtu yang lalu, saya dan 2 lagi rakan menjalankan operasi survey kereta.
Target saya hanyalah kereta import terpakai. Tidak mampu untuk memiliki kereta baru.
Mengenai kereta Proton, bukanlah menafikan patriotik dalam diri, tetapi saya lihat proton (baru) ini mengalami pelbagai masalah, handbreak berbunyi, panel speedometer yang tidak berfungsi dan masalah2 kecil yang lain.
Kereta terpakai pula terpaksa beradu dengan nasib. Masalah penyelenggaraan dan imunisi terhadap masalah kecil terpaksa dihadapi (sekiranya tidak bernasib baik). Bernasib baik yang saya maksudkan ialah apabila diri ditipu penjual kereta. Sebaik2nya ketika membuat survey, bertanyakan kepada pengguna sebelumnya mengenai masalah kereta mereka. Kalau ditipu juga, nasiblah. Tapi rata2 rakan saya yang membeli kereta terpakai, tidak mempunyai masalah dengan kereta mereka. Kondisi yang tip-top dan penyelenggaraan semasa oleh puspakom dan pembuat kereta dapat menyelesaikan masalah 'nasib' ini.

Sudah menjadi tabiat saya, membeli sesuatu tanpa dirancang. Membeli kereta tidak boleh disamakan dengan membeli baju. Tetapi hal ini terjadi juga pada saya. Perancangan saya untuk membeli kereta adalah pada bulan Mei atau Jun. Baru awal bulan 4, saya sudah terbooking kereta Honda City i-dsi keluaran tahun 2004 bulan 12. Penggunaan minyak yang amat rendah, kualiti dalaman dan luaran, performance dan harga mampu milik membuatkan Honda City i-dsi ini berada di tangga tertinggi bajet kereta saya.

Booking pada harga setengah ribu dan kesemua dokumen untuk pinjaman loan telah saya siapkan. Hanya menunggu pinjaman diluluskan dalam minggu ini. Dan pada ketika ini, apabila berada dijalanan, semua kereta yang saya lihat adalah Honda City.

Thursday, February 12, 2009

Award???


Saya di tagged oleh miswe, apakah award ini?
Award Cute Blogger. Saya amat tidak faham kerana saya tidak cute.
Atas dasar keperimanusiaan,
saya buat juga la award masuk bakul angkat sendiri ni.
Walaupun tidak ramai yang mengunjungi blog saya.


10 THINGS ABOUT MYSELF

1. Saya seorang yang slow untuk memulakan bicara pada kawan baru. Oleh itu, acapkali saya di cop sebagai seorang yang garang dan sombong.
2. Pada umur 15 tahun, saya telah di raba oleh mamat gay di atas perkarangan Malacca Parade.
Ketika itu saya overnight di Melaka untuk berfoya-foya bersama 2 rakan yang lain. Saya lari lintang pukang menyelamatkan diri.
3. Hidup saya di dalam sukan, lebih tertumpu kepada serving to finishing.
- Football : Winger
- Volleyball : Setter
- Takraw : Feeder
4. Saya amat membenci taugeh tapi saya suka makan kerepek.
5. Saya telah mengenali miswe selama 10 tahun, memulakan langkah ketika perkenalan mencecah 5 tahun, dan 9 hari untuk menunggu jawapan mutlak daripadanya..
6. Saya seorang yang bermasalah ketika bersekolah menengah. Menceroboh aspuri adalah hobi saya.
7. Saya akan membeli kereta tidak lama lagi, dengan menggunakan duit sendiri.
8. Pernah menjadi nelayan laut dalam ketika baru sahaja habis SPM dan pernah ditangkap polis marin kerana menangkap hasil laut kurang 200 meter dari persisiran pantai.
9. Seorang pegawai muda rejimen askar wataniah yang sudah pencen.
10. Bekerja di syarikat semiconductor yang mengalami krisis ekonomi yang teruk.

Teruskan membaca blog saya walaupun tiada yang berminat membaca blog ini.


6 ORANG YANG DITAGGED UNTUK AWARD INI
NIL
NIL
p/s: Saya tidak mempunyai rakan blogger yang ramai kerana blog saya tidak best.


THE RULES TO RECEIVE THIS AWARD ARE:

1. Copy badge "2008 Cute's Blogger Award" above to place it in your blog.
2. Link/story about the person who tagged you.
3. Every blogger must state 10 things about themselve before choosing other people to give the award.
4. You have to tag 6 people & list their names here.
5. Dont forget to visit their blog & tell them that they've receive the award.
Thank You!

Tuesday, February 3, 2009

Boycott, may turn down the israel?

Nowadays, most people whether unity or individual muslim says
they want to boycott.
Boycott israel, what we can do to comply this mission.
Are we strongly gives hundred percent for this association of boycott?
Are we apply this mission in our daily life.. Let's take a break..

now, working using laptop with processor.
around end of month, is precious menu.

where place to shopping cheaper? ahaaa

when go out drink ice

when her get red flag, they were asked for

now, babies not wears kain lampin, more easy with

when go home, turn on Astro.. hmmmm
channel and

boring, open ice box, ahaaaa fresh

biscuit and also

tonite, layan movie omputih
smells like gampang, grab sembur sikit ..fresh

go to bathroom, shower foam... and facial foam

done.. covering with shirt

drop on sofa, layan berita , latest issue Gaza
arghhh so cruel bangsat jewish..

capai rokok berjenama..........
Fuuuhhhhhh.....

Wherever it is, i'm fixed to

p/s: Walaupun ada produk yg tak mampu kita boikot
tapi mana yg boleh tu cubalah kita boikot.
Moga2 tahap ekonomi mereka akan menjunam sedikit demi sedikit.
Bantulah HAMAS
tak gune barang2 dorg ni pun hidup hepi je..
xde susah pon nk boikot.
peace no barang yahudi laknat

Saturday, January 31, 2009

Khasiat Peluk Isteri



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh"

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: 'Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit'.di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap"
, katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri," kata Fadzilah.

P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan ummatnya berkahwin...:-))

Dah gi buat kerja.....bab2 ni rajin plak baca sampai abis. hahaa

Thursday, January 29, 2009

Sure Korang Ingat..

Untuk bacaan pada masa lapang...enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...

tanda-tanda korang dah otai...

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Tomato-Man, Gaban, McGyver Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
Sanggup ponteng skola agama sebab nak tengok tomato-man & ultraman kids.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sekolah... itupun sebab dapat berus gigi & ubat gigi free.

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan ?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

Kasut, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...Warrior,ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? mendalah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'. aku paling banyak main tikam dpt rm5 je... kecik2 da berjudi.
Tora singgit. DinDang 60sen.. murah...

Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. bola kocek?
But still remembered when we play cards (not exactly poker cards).. kad kecik gmbr superhero.
Then tekop 2-2 belah tangan & tepok kat lantai.. sape dapat tebalikkan kad paling banyak, kad tu jadi milik dia.. wargh hahaha...


Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
ooh yee.. aluskitai (gula kapas kaler pink)
Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol (ceper), batang aiskrim, 'Police & Sentry', kejar2 duduk...Cop panjang, cop pendek. then, main ibu jari lailaili laisomafisekola, (lai lai tip tip)3x... 1, 2, 3, ....... 10.. tido.. hahaaa..

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! aiskrim malaysia sedap gak. perisa asli bandung, milo, bubur kacang & asam boi.

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
Tapi tu tak best.. paling best main cop tiang.. ape term dia aah? tiang berani ke ape ntah..
Main pijak2 kasut.. pepsi cola ND lala proton saga iswara dibuat di Malaysia.. haha..

Ermmm, main ragbi meja.. penah main? kertas dilipat2 jadi segi 3. pastu kalau jentik sampai dapat stop kat edge of table, we'll get the conversion.. budak boy yg selalu main.

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. actually banyak lagi kenangan yang best2 time skola rendah dulu. kalau tinggal di pekan (pinggir bandar) mesti lagi seronok sebab environment bandar & kampung b'campur.

8. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

my senorita

3 month already passed...
actually i dunno whose are really read my blog.
haahaa.. seems like funny whereas we create blog..
to get attraction from other people, read and comment our blog.

3 month already gone with the flow...
since now, just 2 times i dated with my girl.
i means, since she goes back to JB.
how is it feel when invinted our couple at her house?
to get permission from their parent..
aku berasa amat kekok sekali pada mulanya..
but for the second time, i really felt so comfortable.
her parent were very understandings..
suppose me bring her daughter to go such any place.
siap tunjuk jalan lagi..
how lucky I am..

this april, our relationship will reach at 5 years..
so long isn't?
hahaaa... hopefully our relation will long lasting and never end..