Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Monday, April 6, 2009

tayar empat

Sudah lama saya tidak memperbaharui laman blog ini.
Keadaan dan situasi kerja yang amat sibuk membataskan diri menjadi rajin di hadapan komputer riba. Tambahan lagi, sudah 2 minggu saya mendaftarkan diri sebagai ahli kelab gym. Bukanlah untuk memiliki badan berketul2, tapi untuk kesihatan badan dan fit saja.
Maklumlah, bekerja di pejabat seharian membuatkan saya letih mengharungi 9 jam kondisi berhawa dingin.

Obesiti semakin memanipulasi diri. Justeru, saya dan 2 lagi rakan serumah mendaftarkan diri ke gym yang jaraknya cuma 25 meter dari rumah.
Satu perenggan sudah lari daripada tajuk, tayar empat; sudah lama saya bercadang untuk memiliki kenderaan bertayar empat ini. Tetapi apabila memikirkan keperluan dan ekonomi semasa, seakan tidak perlu untuk membeli. Keluarga dan awek yang jauh di Johor, jimat lagi menaiki bas saja. Tetapi darah muda saya ini mengatasi segalanya.

Minggu sabtu yang lalu, saya dan 2 lagi rakan menjalankan operasi survey kereta.
Target saya hanyalah kereta import terpakai. Tidak mampu untuk memiliki kereta baru.
Mengenai kereta Proton, bukanlah menafikan patriotik dalam diri, tetapi saya lihat proton (baru) ini mengalami pelbagai masalah, handbreak berbunyi, panel speedometer yang tidak berfungsi dan masalah2 kecil yang lain.
Kereta terpakai pula terpaksa beradu dengan nasib. Masalah penyelenggaraan dan imunisi terhadap masalah kecil terpaksa dihadapi (sekiranya tidak bernasib baik). Bernasib baik yang saya maksudkan ialah apabila diri ditipu penjual kereta. Sebaik2nya ketika membuat survey, bertanyakan kepada pengguna sebelumnya mengenai masalah kereta mereka. Kalau ditipu juga, nasiblah. Tapi rata2 rakan saya yang membeli kereta terpakai, tidak mempunyai masalah dengan kereta mereka. Kondisi yang tip-top dan penyelenggaraan semasa oleh puspakom dan pembuat kereta dapat menyelesaikan masalah 'nasib' ini.

Sudah menjadi tabiat saya, membeli sesuatu tanpa dirancang. Membeli kereta tidak boleh disamakan dengan membeli baju. Tetapi hal ini terjadi juga pada saya. Perancangan saya untuk membeli kereta adalah pada bulan Mei atau Jun. Baru awal bulan 4, saya sudah terbooking kereta Honda City i-dsi keluaran tahun 2004 bulan 12. Penggunaan minyak yang amat rendah, kualiti dalaman dan luaran, performance dan harga mampu milik membuatkan Honda City i-dsi ini berada di tangga tertinggi bajet kereta saya.

Booking pada harga setengah ribu dan kesemua dokumen untuk pinjaman loan telah saya siapkan. Hanya menunggu pinjaman diluluskan dalam minggu ini. Dan pada ketika ini, apabila berada dijalanan, semua kereta yang saya lihat adalah Honda City.

3 comments:

  1. aku setuju ko beli Honda. Kereta Malaysia ni bukan nak kutuk, tapi lagi banyak masalah dari yang bagusnya. Mula-mula je ok.

    gile ah ko. pasni aku nak tumpang keta ko, aku tak kira! :P

    weh, aku nampak ko kt PWTC aritu. he he.

    ps: aku link blog ko kat blog aku taw.

    ReplyDelete
  2. haha.. ok le. so far da almost 2 month no problem.
    mmber aku 2 org beli new pesona. timing belt da bunyi mcm mesin tebu..

    hmm aku x prsn pn ko kt sane..

    ReplyDelete
  3. bila lah ble merasa keta ko nih yak.

    hurmm...mak nak blik...

    ReplyDelete